Sunday 10 April 2011

Al-Kisah~ aku nak kurus

Maka tersebutlah kisah.... seorang gadis nak kuruskan badan.... dia ingatkan senanglah nak kurus ni...tapi bila dia dah masuk ke alam kuruskan badan....barulah dia tahu bahawa teramatlah susahnya nak kurus...
Pada mulanya... dia ingat bila pergi pusat pelansingan badan dia boleh kurus dengan cepat dan mudah. Tapi alangkah terkezutnya dia rupanya nak kurus ni kena diet sampai tak boleh makan nasi...
Maka...pada mulanya dia agak berat untuk berdiet maklumlah dah biasa makan nasi banyak...
tetapi bila difikirkan pasal nak sihat dan cantik maka dia pun berdietlah sesungguh hati... haha...akhirnya diet juga....
makanlah dia sup dan biskut serta buah-buahan sahaja... pada mulanya rasa seksa juga tapi... bila dia lihat badan nya ada kurus sikit,dia mula bersemangat kembali....hahaha...ada can kurus ni....walaupun terasa seksa tapi dia lalui juga.nasib baiklah gadis itu tidak diet seorang diri tapi ditemani oleh suami tercinta yg diet bersama...agak2nya kalu diet sorang diri alamatnya tak diet le...hehe..
Perjalanan masih jauh...go...go...good luck... semoga kurusssss...

No comments:

Post a Comment